Beberapa eksekutif kripto melaporkan bahawa pergerakan Bitcoin seperti yang dijangkakan bergerak mengikut situasi makro pasaran di saat para pelabur menantikan naratif baharu.
Pembetulan Bitcoin dari kemuncaknya pada bulan Januari adalah kitaran penarikan semula biasa dan bukan luar biasa, dengan harga tertinggi masih dalam jangkaan seterusnya.
CEO Collective Shift, Ben Simpson memberitahu Cointelegraph bahawa beliau tidak percaya ‘bull run’ telah berakhir. Menurutnya, puncak kitaran hanya tertunda disebabkan oleh keadaan makro, manakala kecairan global yang kurang memberangsangkan tidak membantu pasaran kripto.
Katanya lagi, kejatuhan ini hanyalah pembetulan ketiga atau keempat melebihi 25% dalam kitaran Bitcoin berbanding 12 kitaran sebelumnya.
Bitcoin (BTC), kini berharga $83,190 telah merosot 24% daripada paras tertinggi sepanjang masa $109,000 pada 20 Januari.
Kejatuhan ini berlaku di tengah-tengah ketidakpastian mengenai tarif yang dicadangkan oleh Presiden AS Donald Trump dan masa depan kadar faedah AS. – Cointelegraph