Wall Street dilihat kembali positif setelah kemunculan aplikasi AI dari China yang dikenali DeepSeek, telah menyebabkan kejatuhan yang kritikal dalam pasaran saham yang berkenaan AI pada Isnin.
Proses penciptaan DeepSeek yang menggunakan sumber yang sederhana, tenaga yang sedikit dan bergantung pada data yang sederhana, dilihat pelabur sebagai perkara yang menakjubkan.
Ini menunjukkan syarikat AI dari China mampu mencabar syarikat AI dari Amerika Syarikat (AS), menyebabkan pelabur saham AI AS bimbang.
S&P 500 dan Nasdaq Composite menyaksikan kejatuhan mendadak masing-masing sebanyak 1.46% dan 3.07% pada Isnin.
Manakala saham AI paling teruk jatuh dengan kerugian yang dikatakan syarikat besar termasuk Nvidia (-17%), Broadcom (-17.4%), Oracle (-13.8%), Vertiv Holdings (-29.9%) dan Vistra Corp (-28.3%).
Berbeza dengan indeks Dow Jones berjaya mencatatkan kenaikan sederhana sebanyak 0.65%, disokong oleh sektor pertahanan apabila hasil bon jatuh.
Pelabur kini menantikan laporan data ekonomi mengenai data inflasi dan keputusan rizab persekutuan termasuk laporan pendapatan akan datang.