Pada Selasa, Syarikat Telekomunikasi Bersepadu Emirates PJSC (du) mengumumkan perjanjian pusat data dengan syarikat Microsoft.
Pusat data berskala besar itu akan dibina dengan kos 2 billion dirham ($544.54 juta) dan Microsoft akan menjadi penyewa utama serta kapasiti akan dihantar secara berperingkat.
Seterusnya, pusat skala besar ialah kemudahan untuk storan data dan perkhidmatan perkomputeran kepada perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Fahad Al Hassawi memberitahu perjanjian itu menandakan langkah penting dalam usaha du untuk merevolusikan ekosistem digital Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Secara keseluruhan, du kini mengendalikan lima pusat data di UAE dan telah melabur besar untuk menjadi hab AI global di luar Amerika Syarikat (AS).
Fahami perkembangan syarikat-syarikat gergasi global yang dipengaruhi oleh isu-isu semasa dalam pasaran dengan memahami asas dalam analisis fundamental. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR untuk pembelajaran dan perbincangan bersama ahli setiap hari. KLIK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.