Walaupun Presiden Donald Trump banyak merancang untuk menaikkan ekonomi Amerika Syarikat namun tidak semuanya berjalan lancar terutamanya untuk golongan elit Wall Street.
Dulu ingat kawan baik Trump boleh naikkan saham, rupanya cuma naikkan tekanan darah!
Dari tersenyum lebar masa angkat sumpah, sekarang geng billionaire Trump mungkin tengah cari promosi tisu murah untuk lap air mata selepas £162 bilion hangus begitu saja.
Musk yang merupakan bff Trump terus mengalami kerugian terbesar dengan lesap sebanyak 115 bilion selepas saham Tesla menjunam.
Situasi tersebut turut berlaku kepada kepada Amazon, Meta, Alphabet, dan LVMH telah kehilangan lebih £1 trilion dalam nilai pasaran.
Walaupun dibadai kerugian, Musk masih memegang takhta sebagai individu terkaya dunia dengan £233 bilion, manakala Bezos masih bernilai £167 bilion walaupun kehilangan £22 bilion.
Zuckerberg dan Arnault masing-masing kehilangan £4 bilion, menjadikan kekayaan mereka £164 bilion dan £142 bilion.
Dengan Trump mengenakan tarif ke atas pelbagai negara, kebimbangan kemelesetan semakin memuncak.
Dulu “Trump Bump,” sekarang “Trump Dump.” Pasaran saham tak menipu, cuma ego yang masih enggan mengaku.