Dulu tepuk tangan, sekarang tepuk dahi. Mungkinkah pengudi Trump akhirnya tersedar dari lena yang panjang?
Kalau dulu bersorak ‘Make America Great Again’, hari ini California, negeri paling berpengaruh dari segi ekonomi — tampil sebagai negeri pertama menyaman bekas Presiden Donald Trump atas tindakan tarif yang didakwa melampau dan membahayakan rakyat sendiri.
Bercakap dari ladang badam di Central Valley, Gabenor Gavin Newsom memberi amaran bahawa tarif yang dikenakan oleh Trump bukan sekadar isu politik sebaliknya mengancam pekerjaan sebenar dan pendapatan keluarga di California.
Sekitar 43% hasil badam, pistachio dan tenusu negeri itu bergantung kepada eksport.
Kini, semuanya dalam risiko.
Saman yang difailkan menyasarkan penggunaan Akta Kuasa Kecemasan Ekonomi Antarabangsa didakwa disalahguna oleh Trump untuk mengenakan tarif sesuka hati tanpa kelulusan Kongres.
Peguam Negara, Rob Bonta menuduh pentadbiran Trump mencipta “kecemasan palsu” demi mendorong agenda peribadi.
Namun seperti biasa, keputusan White House takkan pernah salah!
Jurucakap Kush Desai menuduh Newsom “mengabaikan masalah sebenar California” demi menggagalkan misi Trump menyelamatkan ekonomi.
Ini adalah saman ke-14 California terhadap pentadbiran Trump dan menurut Newsom, kali ini mereka yakin akan menang.
Tapi persoalan besar kini timbul, boleh menang ke lawan Trump, atau mungkinkah California bakal jadi negeri pertama yang dikenakan tarif balas secara terbuka oleh Trump sendiri?