Emas meneruskan kerugiannya terhad untuk tiga hari berturut-turut di bawah paras $3,000 apabila hasil Perbendaharaan AS meningkat menjadikan logam tersebut kurang mendapat tarikan.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,977.36 iaitu susut 0.08% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Sentimen pasaran saham meluas, Wall Street mencatatkan kerugian ketara selepas berlakunya pengumpulan pendek pada hari Isnin serta menyambung aliran ketidakstabilan semula.
Terkini, pelancaran White House dengan mengekalkan tarif 104% ke atas China mencetuskan lonjakan dalam Indeks Votaliti (VIX) yang mengakibatkan S&P 500, Dow Jones dan Nasdaq memadamkan keuntungan.
Sementara itu, pegawai Fed menjadi perhatian pasaran dengan Presiden Fed San Francisco, Mary Daly berkata beliau bimbang tentang kenaikan inflasi akibat tarif dan Fed Chicago, Austan Goolsbee menganggap tarif mampu mengheret inflasi tinggi daripada jangkaan.
Selain itu, para pelabur akan menantikan keluaran minit mesyuarat FOMC Fed dan laporan inflasi pengguna (CPI) dan pengeluar (PPI) pada Khamis.