Logam kuning melonjak tinggi memecahkan paras rekod baharu pada penghujung minggu di tengah-tengah perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Amerika Syarikat masih pada suhu kehangatannya.
Pada jam 9.45 pagi, harga emas berada pada paras $3,214.00 iaitu naik 1.23% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Donald Trump mengumumkan tarif besar-besaran pada minggu lalu dan menangguhkannya pada hari Rabu.
Pasaran saham susut, memulih dan stabil lebih optimistik apabila White House mengesahkan tarif ke atas China setinggi 145%, iaitu penambahan 20% lagi selepas mengumumkan 125%. Namun, China membalas semula tarif tersebut dengan penetapan 84%.
Ketegangan antara kedua-dua negara membangkitkan semula kebimbangan mengenai potensi kemelesetan Amerika Syarikat secara meluas.
Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk bulan Mac yang keluarkan semalam (Khamis) menunjukkan pengurangan tekanan inflasi lebih daripada jangkaan yang menyokong Fed AS dalam mengekalkan pada posisi tunggu dan lihat.