Emas didagangkan lebih positif pada dagangan Selasa selepas alami kejatuhan tinggi 2.70% pada hari Isnin dan kini ia bertahan sekitar $3,250 buat masa ini.
Laporan inflasi AS yang lebih lembut daripada jangkaan dan gencatan perdagangan antara AS-China terus menyokong harga logam kuning berharga kekal tertahan.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,248.51 iaitu kekal tidak berganjak sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Data inflasi AS pada bulan April adalah lebih lembut sedikit daripada jangkaan peserta pasaran untuk bulanan. Angka asas tahunan telah diselaraskan dengan unjuran kerana kesan tarif masih belum memberi kesan ke atas data ekonomi buat masa ini.
Sementara itu, penganalisis mendedahkan bahawa tarif mampu meningkatkan harga barangan dan bakal membuka paras harga yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Buat masa ini, pasaran menantikan keputusan Federal Reserve (Fed) yang dilihat semakin terhad dengan ramai menganggarkan bank pusat AS akan mengurangkan 52 mata asas pelonggaran tahun ini.
Ini adalah gambaran untuk berlakunya dua pemotongan kadar seperti yang diunjurkan oleh pegawai Fed sejak mesyuarat Disember tahun lepas.
Pada minggu ini, para pelabur akan menantikan keluaran Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan data Jualan Runcit AS.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.