Logam kuning berharga berjaya menyentuh posisi $3,370 pada awal minggu dibuka selepas menghadapi fasa ‘profit-taking’ sepanjang dagangan harian Khamis lepas.
Ketidakpastian berkenaan dasar tarif Presiden AS dan ketegangan geopolitik yang berterusan terus menyokong aset komoditi tradisional itu.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,371.06 iaitu naik 1.30% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Buat masa ini, para pelabur berlari ke arah aset selamat emas kerana ketidakpastian yang semakin meningkat tentang tarif dan kesannya terhadap ekonomi, dengan tarikan itu menyebabkan kenaikan lebih 25% sejak Januari.
Penganalisis melihat harga emas lebih menarik berbanding tarikan kes-kes sebelum ini dalam persekitaran ketidakpastian tarif yang meningkat, pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah, inflasi tinggi, risiko geopolitik dan pengunduran dalam aset Amerika Syarikat.
Selain itu, bank-bank pusat menunjukkan minat emas ke dalam portfolio masing-masing dengan China kekal konsisten menambah pegangannya untuk bulan kelima berturut-turut dan menjadi negara pengguna emas terbesar dunia.
Ia juga meningkatkan permintaannya untuk logam berharga sebagai aset selamat dalam menghadapi ketegangan perdagangan global dan geopolitik yang semakin membarah.