Emas sedikit menyusut pada dagangan Selasa apabila dolar AS mengatur langkah pemulihan dengan mencatatkan keuntungan sederhana di tengah-tengah data ekonomi AS yang lebih lemah.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,318.48 iaitu kekal sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Pasaran saham Amerika Syarikat terus meningkat apabila para pelabur bertukar optimis bahawa Presiden Donald Trump bakal mengurangkan tarif ke atas automotif, alat ganti kereta dan trak serta menyederhanakan pendiriannya ke atas China.
Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.27% iaitu kembali capai 99 mata selepas mencecah paras terendah tahun 97.92 pada 21 April lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dalam kenyataannya menyebut terdapat sedikit kemajuan dalam rundingan perdagangan India dan Jepun, namun sukar mengenai perbincangan bersama China.
Melihat ke arah kedudukan paras semasa, harga emas naik keuntungan 25% hasil sokongan ketidakpastian mengenai dasar perdagangan AS dan nada Fed yang sedikit dovish.
Walau bagaimanapun, data ekonomi AS melihat pasaran buruh mula lembut dan Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan (CB) menunjukkan isi rumah semakin pesimis terhadap prospek ekonomi.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR