Emas catat kenaikan untuk tiga hari berturut-turut dengan peningkatan 0.35% disebabkan permintaan selamat hasil dorongan kebimbangan terhadap dasar agresif Donald Trump dan krisis bajet di United Kingdom (UK).
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,670.64 iaitu tidak berganjak sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Baru-baru ini, laporan media CNN mendedahkan Donald Trump mungkin akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat ekonomi ekonomi negara yang akan menguatkan undang-undang penetapan tarif ke atas musuh dan sekutu AS.
Gabenor Fed, Michelle Bowman mengekalkan pendirian hawkishnya dan menyatakan bank pusat harus berhati-hati dalam melaraskan kadar faedah.
Fed Kansas City, Jeffrey Schmid berkata bahawa kadar semasa menghampiri ke arah neutral.
Sebelum ini, Fed Philadelphia Patrick Harker mendedahkan bahawa bank pusat AS patut berhenti seketika di tengah-tengah ketidaktentuan dan Fed Boston, Susan Collins berkata tinjauan semasa mencadangkan pendekatan beransur-ansur untuk mengurangkan kadar.
Pada penghujung minggu, pasaran bakal dibentangkan dengan data Non-Farm Payroll (NFP) dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan.