Dengan tarif keluli 25% oleh Presiden Amerika, Donald Trump, pengeluar global kini membanjiri Eropah dengan logam murah.
Tidak mahu jadi mangsa, EU menarik brek kecemasan – memotong kuota import keluli sebanyak 15% bermula April.
Nak import lebih kuota?
Boleh, tapi bersiaplah untuk cukai 25%!
Naib Presiden Eksekutif EU, Stephane Sejourne menegaskan bahawa EU tidak akan membiarkan industrinya runtuh sementara negara lain melanggar peraturan WTO.
Dengan pengeluar keluli Eropah sudah pun bergelut akibat kos tenaga tinggi dan persaingan sengit dari Asia, pemimpin EU bimbang blok itu bakal menjadi tempat lambakan keluli murah.
Tetapi ini baru permulaan.
Menjelang 2026, Brussels merancang perisai perdagangan yang lebih ketat, bersama peraturan baharu yang memberi keutamaan kepada keluli Eropah dalam kontrak kerajaan.
Peraturan ‘melted and poured’ juga akan diperkenalkan bagi menghalang pengimport daripada menyembunyikan asal usul keluli.
Mesej EU jelas – keluli tidak akan menjadi ‘krisis gas versi baharu’!