Mata wang Euro didagangkan lebih baik berbanding US dolar pada awal minggu susulan parlimen Jerman meluluskan rancangan perbelanjaan besar-besaran untuk tingkatkan ekonomi.
Tekanan perang tarif terus membelenggu US dolar berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan yang terjejas boleh merisikokan kemelesetan ekonomi terbesar dunia itu.
Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan bacaan yang lemah berbanding ramalan, mencerminkan perbelanjaan pengguna yang suram.
Selain itu, pelabur kekal berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti yang dijangka bakal beri impak besar terhadap pergerakan US dolar.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah melanjutkan pendakian pada Selasa semalam ke paras ketinggian baharu selepas zon 1.09000 berjaya diatasi di awal minggu.
Kenaikan harga telah mencapai ketinggian terbaru 5 minggu pada 1.09500 mengatasi paras dagangan minggu lepas.
Paras tersebut menjadi rintangan baharu buat harga di mana harga berundur semula turun selepas mengujinya.
Pergerakan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD mengekalkan isyarat bullish.
Harga berlegar perlahan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) di bawah paras 1.09500 yang menjangkakan rintangan itu bakal ditembusi hari ini.
Kenaikan harga yang diteruskan bakal mensasarkan pula pada ketinggian 1.10000 untuk zon tumpuan seterusnya.
Sebaliknya jika harga bergerak turun di bawah sokongan MA50 dan melepasi zon 1.09000, pelabur perlu berhati-hati dengan isyarat awal untuk perubahan trend itu.
Penurunan harga boleh menghampiri semula paras sokongan semasa harga yang berada pada sekitar 1.08000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK