US dolar kekal bergerak lemah sehingga dagangan sesi New York semalam menyusuli corak yang telah dipaparkan pada hari sebelumnya.
Data pekerjaan JOLTS yang mengukur jumlah pekerjaan yang ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada Disember lalu catatkan angka lebih perlahan dari ramalan.
Ini menunjukkan isyarat suram bagi sektor buruh AS dengan petunjuk seterusnya akan diperhatikan pada laporan data pekerjaan ADP dan NFP.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan melepasi semula paras 1.03000 selepas dibuka rendah pada sesi pertama di awal minggu ini.
Situasi penyusutan US dolar berterusan sehingga semalam menyaksikan kenaikan harga mencapai ketinggian pada sekitar 1.03800 di sesi New York sebelum mendatar di paras itu sehingga ke penutup sesi.
Pergerakan harga kekal mendatar menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) yang dilihat bakal menguji zon tumpuan minggu lalu iaitu 1.04000.
Isyarat bullish kekal pada pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Jika lepasi 1.04000, kenaikan lebih tinggi harga akan dijangkakan untuk menuju zon rintangan berikutnya pada 1.05000.
Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan akan catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.
Namun jika harga kembali mengubah arah pergerakannya ke bawah semula, penurunan harga akan hampiri paras 1.03000 untuk diuji.
Tembus lebih rendah akan memberi isyarat bearish harga sebelum menuju pula zon support 1.02000 yang turut diuji pada dagangan Januari lalu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.