Carta pasangan mata wang GBP/USD telah pamerkan lonjakan lebih 100 pips pada dagangan Selasa semalam yang menunjukkan perubahan arah harganya.
Situasi didorong oleh sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini kembali mereda dengan risiko perang tarif yang berkurangan seketika.
Pelabur mengalihkan tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti sebagai petunjuk baharu kepada Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetarinya.
Pergerakan besar harga akan dijangkakan impak daripada angka data penting yang diterbitkan terhadap US dolar.
Carta GBP/USD semalam telah mencecah paras 1.23300 sebelum melonjak melepasi paras 1.24000 yang kemudiannya mencapai ketinggian 1.24500 di penghujung sesi New York.
Lonjakan kukuh harga itu juga turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menunjukkan isyarat bullish.
Pergerakan harga perlahan sepanjang sesi Asia pagi ini (Rabu) di paras ketinggian yang dicapai pada sesi sebelumnya itu.
Harga dilihat cenderung untuk melanjutkan kenaikan seterusnya menuju paras tumpuan pada 1.25000.
Jika berjaya melepasi paras itu, ketinggian 1.25500 yang dicapai pada minggu lepas bakal dicabar semula.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.24000 akan diuji terlebih dahulu yang berkemungkinan akan menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.
Terjunan lebih rendah harga boleh berlaku didorong impak data inflasi yang diterbitkan sehingga boleh menjangkakan penurunan menuju sekitar 1.23000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.