Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan melaksanakan langkah menurunkan harga beras putih import daripada RM2,800 kepada RM2,600 bagi satu tan metrik bermula 15 Mei.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu strategi berkenaan bertujuan memastikan bekalan beras negara kekal stabil dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Mohamad Sabu menyatakan keputusan itu dibuat hasil sesi urus bersama Bernas sekaligus mengambil kira faktor perkembangan pasaran global dan keperluan memastikan kesinambungan rantaian bekalan makanan negara.
Inisiatif ini merupakan pelarasan kedua selepas harga pernah dikurangkan kepada RM2,800 daripada RM3,000 untuk satu tan metrik bulan Disember tahun lalu.
Mohamad Sabu menambah penurunan harga tersebut membuktikan usaha kerajaan Madani dalam memastikan beras negara mampu dimiliki, mudah diperoleh dan mencukupi untuk semua rakyat.
Beliau turut mengulas langkah ini dimeterai hasil usaha keras Bernas dalam mempelbagaikan sumber bekalan dari negara Thailand, Myanmar dan Vietnam demi meminimumkan kebergantungan kepada satu pasaran.
Program subsidi beras putih import berjumlah RM950 satu tan bagi negeri Sarawak dan Sabah pula akan diteruskan seperti biasa.
Pihak kementerian akan terus memantau prestasi pasaran dan memastikan pelaksanaan dasar negara dibuat berteraskan kepentingan kepada rakyat dan keselamatan makanan negara.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!