Tidak cukup dengan menghentikan penggunaan dolar dalam perdagangan bersama India, Indonesia pada hari semalam sekali lagi membuat kejutan kepada Trump dengan mengarahkan PT MNC Land untuk menghentikan pembangunan projek pelancongan besar mereka di Lido.
Projek yang mempunyai padang golf dan resort mewah itu merupakan satu kerjasama yang berkait dengan Donald Trump diberhentikan atas alasan isu alam sekitar yang serius.
Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Alam Sekitar negara itu dengan memetik pengurusan air yang buruk di tapak tersebut, menyebabkan Tasik Lido menyusut separuh, serta kegagalan mematuhi pelan alam sekitar yang diluluskan.
Namun begitu, projek bernilai $1.7 bilion ini di bawah Trump Organization ini, masih boleh disambung semula jika penilaian alam sekitar yang dipinda diserahkan.
Penangguhan ini merupakan satu kemunduran besar bagi MNC Land, yang disokong oleh taikun Hary Tanoesoedibjo.