Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada hari Rabu semalam, pantas menuding jari kepada Joe Biden selepas inflasi Januari meningkat lebih tinggi daripada jangkaan, dengan bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan naik 3.0%.
Trump telah menuduh Biden sebagai punca inflasi dengan kenyataan “INFLASI BIDEN NAIK!” melalui akaun miliknya di Truth Social.
Walaupun inflasi terus melonjak, Trump tetap berkeras dengan dasar tarif agresifnya sebanyak 25% ke atas keluli dan aluminium, termasuk dari Kanada dan Mexico yang boleh melonjakkan kos lebih tinggi.
Tindakan ini menimbulkan kebimbangan Rizab Persekutuan (Fed) dengan Pengerusinya Jerome Powell memberi amaran bahawa inflasi masih ‘hampir, tapi belum sampai’.
Dengan harga minyak, telur, dan barang keperluan terus meningkat, Trump kini berdepan tekanan daripada pengkritik dan janji kempennya sendiri.
Mungkinkah pentadbiran Trump akan menghasilkan satu ‘plotwist’ yang besar seperti dasar ‘America First’ yang akhirnya bertukar ‘America Last’?