Lee Thiam Wah, pengasas 99 Speedmart, kini sah berada dalam senarai 10 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan RM17.6 bilion!
Dari sebuah kedai runcit kecil ke rangkaian mini mart terbesar di Malaysia, kisah kejayaan Lee semakin mendapat perhatian selepas IPO syarikatnya menjadi yang terbesar dalam tempoh tujuh tahun.
Saham 99 Speedmart melonjak hampir 50% sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada harga RM1.65, menutup tahun pada RM2.47 dengan nilai pasaran RM20.7 bilion.
Dengan 83% pegangan saham, Lee bukan sahaja semakin kaya, malah menjadikan syarikatnya antara pemain utama dalam industri runcit.
Kini menguasai 40.1% pasaran mini mart dan 11.6% pasaran runcit barangan keperluan, 99 Speedmart dijangka bakal terus berkembang dengan pertumbuhan keuntungan 18.2% setahun sehingga 2026.
Mungkin lepas ni 99 SpeedMall pula bakal dibuka!