Mula-mula perang tarif, sekarang Trump nak Kanada masuk Amerika Syarikat (AS). Apa langkah seterusnya? Tukar nama ‘Ottawa’ jadi ‘Trumpville’?
Tarif 25% ke atas keluli dan aluminium Kanada tak cukup bagi Trump. Sekarang ‘upgrade’ ke 50%!
Dan kalau Kanada tak setuju?
Jadi negeri AS saja!
Drama ini bermula selepas Ontario mengenakan caj 25% ke atas elektrik ke AS, Trump balas dengan tarif tambahan dan mengisytiharkan darurat kebangsaan ke atas elektrik.
Dibalas pula oleh Trump dengan tarif tambahan, menggesa Kanada menghapuskan tarif produk tenusu yang mencecah 390%, dan mengisytiharkan darurat kebangsaan ke atas elektrik.
Beliau memberi amaran bahawa jika Kanada tidak tunduk, tarif ke atas industri automotif negara itu akan menyusul pada 2 April yang boleh menamatkan sektor tersebut sepenuhnya.
Cadangan luar biasa Trump?
Gabungkan dua negara, hapuskan sempadan, dan semua tarif pun ‘lenyap sepenuhnya’.
Namun, pasaran kewangan langsung tak terhibur dengan idea ‘Kanada Edition USA’ ini.
S&P 500 jatuh lagi, indeks global ikut menjunam, kerana pelabur semakin risau dengan kekacauan ekonomi yang bakal melanda.
Sekarang bola di kaki Kanada. Mahu terus bertahan dalam perang tarif, atau terima ‘tawaran mesra’ Trump dan masuk dalam keluarga AS?