Jangkaan untuk US dolar melanjutkan pengukuhan di pembukaan Mac ini meleset apabila raja mata wang itu ketara menyusut pada dagangan Isnin semalam.
Euro sebaliknya ketara mengukuh susulan harapan Ukraine untuk mencapai perjanjian perdamaian yang disokong oleh para pemimpin Eropah.
Namun, pelabur perlu berhati-hati dengan risiko pergerakan Euro menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis yang menjangkakan pemotongan kadar faedah akan diteruskan.
Sementara, penganalisis masih melihat potensi untuk US dolar mengukuh susulan tarif ke atas Mexico dan Kanada yang dilaksanakan Presiden Donald Trump akan berjalan hari ini (4 Mac).
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga berlegar perlahan di sekitar 1.04000 selepas terdapat ‘gap’ pada pembukaan sesi Asia semalam.
Kemudiannya harga mula membuat lonjakan di sesi Eropah sehingga melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan harga sehingga ke sesi New York itu mencapai semula paras 1.05000 yang merupakan zon rintangan tumpuan diuji pada dagangan minggu lepas.
Harga mula bergerak perlahan selepas menguji rintangan 1.05000 dan kekal mendatar sehingga menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Sekiranya momentum masih berjaya dikekalkan, harga bakal naik melepasi 1.05000 dan seterusnya mengatasi paras minggu lalu.
Paras ketinggian baharu bakal dicatatkan dengan sasaran untuk menuju sehingga sekitar 1.06000.
Namun jika sebaliknya harga membuat penurunan selepas gagal melepasi rintangan 1.05000, harga berkemungkinan menghampiri semula paras sokongan pada 1.04000.
Untuk penurunan lanjut, 1.03600 akan jadi tumpuan seterusnya yang merupakan paras terendah dicecah minggu lalu sebelum sasaran beralih pula ke support 1.03000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK