Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dari awal minggu nampak terbantut pada dagangan Khamis semalam di sekitar zon 1.29000.
Selepas kenaikan untuk 3 hari berturut-turut, harga gagal menyambung corak tersebut susulan penyusutan US dolar mula tertahan.
Presiden Donald Trump sekali lagi menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas beberapa hari tarif berjalan semula di awal Mac ini.
Selain mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam pasaran, pelabur juga berwaspada menunggu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.
Pada carta GBP/USD yang diperhatikan, walaupun kenaikan terbantut namun harga masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk membuat penurunan.
Harga kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menunjukkan isyarat bullish.
Pergerakan harga mendatar perlahan di bawah paras 1.29000 menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Jika harga berjaya paparkan lonjakan di atas 1.29000, paras ketinggian baharu akan dicatatkan dengan sasaran seterusnya adalah menuju sekitar 1.30000.
Namun, pelabur perlu waspada dengan risiko seperti aktiviti pengambilan untung di penghujung minggu yang boleh mengubah arah pergerakan harga semasa.
Sekiranya harga menjunam dari zon 1.29000 dan menembusi sokongan MA50, akan menjadi isyarat awal kepada pelabur untuk trend bearish bermula.
Penurunan awal harga bakal memberi tumpuan kepada beberapa zon penting sebelum ini antaranya pada 1.28000 dan juga 1.27000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK