Situasi dagangan bagi mata wang US dolar berubah semula pada sesi New York semalam yang kembali menunjukkan pemulihan.
Pada beberapa sesi dagangan sebelum itu, US dolar alami penyusutan ekoran reaksi terhadap laporan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan angka lebih rendah dari ramalan.
Namun, tumpuan pelabur kembali terarah semula kepada perkembangan rundingan tarif AS-China yang telah menjernihkan suasana pasaran sejak pembukaan dagangan awal minggu.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah membuat kenaikan dari zon 1.11000 hingga melepasi paras 1.12000.
Paras ketinggian sekitar 1.12600 dicapai pada sesi Eropah semalam sebelum harga berubah arah membuat penurunan semula di sesi berikutnya.
Pengukuhan semula US dolar membenamkan kembali harga hingga ke sekitar 1.11700 di penghujung sesi New York.
Harga meningkat perlahan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis) menghampiri 1.12000 selepas melantun dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya kenaikan diteruskan melepasi paras 1.12000, harga akan cuba mengatasi paras ketinggian semalam sebelum menuju semula ke zon tumpuan 1.13000.
Namun, jika corak penurunan semalam diteruskan lebih rendah hari ini, harga yang susut di bawah garisan sokongan MA50 menjangkakan zon support 1.11000 bakal dihampiri semula.
Reaksi harga di sekitar zon penting itu akan diperhatikan untuk pelabur menilai reaksi harga sebelum menentukan arah pergerakan selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK