Lebih sibuk berpolitik daripada urus bisnes, Musk akhirnya kena ‘game’ sendiri.
Keuntungan syarikat Musk yang mencecah jutaan nampaknya tidak cukup setelah kerajaan UK membuat satu keputusan drastik dengan menarik balik dana iklan dari X.
Keputusan kerajaan UK ini bukanlah kecil kerana hanya X yang ‘dipangkah’, sementara bajet iklan juta-juta terus mengalir ke LinkedIn, Meta, TikTok, dan Reddit.
Sebelum ini, X selesa menerima dana kerajaan, tetapi 2024 menjadi titik kejatuhannya apabila kerajaan UK membelanjakan £6 juta di platform lain.
Berbanding £2 juta yang diterima pada 2022, kini X langsung tidak mendapat sebarang dana.
Keputusan ini datang selepas Musk menimbulkan kekecohan dengan bertelagah dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer, termasuk menyebarkan dakwaan tidak berasas mengenai kewujudan kem tahanan di Falklands.
Walaupun kerajaan UK mendakwa langkah ini dibuat atas sebab komersial, tetapi hakikatnya, X sahaja yang disisihkan sehingga mencetuskan spekulasi tentang motif politik di sebalik keputusan ini.
Musk, kini sekutu rapat Donald Trump, mungkin kena cari dana di tempat lain atau tunggu ‘bailout’ dari White House?