King Charles merangkul erat Volodymyr Zelensky dalam satu momen penuh simbolik di Sandringham – seakan memberi nafas kepada Presiden Ukraine itu setelah ‘dibantai’ Trump di Pejabat Oval.
Dengan perpaduan Eropah semakin rapuh, Perdana Menteri UK Sir Keir Starmer dan Presiden Perancis Emmanuel Macron segera merangka pelan damai, berharap dapat memujuk Trump dalam masa terdekat.
UK mengeluarkan kenyataan, bersedia menghantar tentera dan pesawat perang jika perjanjian tercapai.
Dalam sidang kemuncak di London, pemimpin Eropah menegaskan peranan penting AS dalam mempertahankan Ukraine.
Namun, keputusan Trump yang enggan menyokong Kyiv menimbulkan kebimbangan besar.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mendesak Kesatuan Eropah meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan menjadikan Ukraine sebagai “landak besi” bagi menghalang Rusia.
Kini, menteri-menteri berlumba mendapatkan jaminan keselamatan dari AS.
Zelensky didesak kembali ke White House dan menawarkan Trump kuasa terhadap sumber mineral nadir Ukraine – satu perjanjian yang boleh menentukan masa depan peperangan.
Dengan protes besar di jalanan dan pemimpin NATO bermesyuarat kecemasan, satu perkara pasti masa semakin suntuk untuk Ukraine!