Kucoin didenda sebanyak $297 juta dan dikehendaki untuk tidak melakukan operasi mereka di Amerika Syarikat (AS) selama dua tahun.
Syarikat itu dikendalikan oleh Peken Global Ltd, membuat pengakuan bersalah di mahkamah persekutuan Manhattan.
Mereka bersetuju dengan denda sebanyak $112.9 juta dan menyerahkan $184.5 juta.
Pengasas Chun Gan (Michael) dan Ke Tang (Eric) juga akan berundur daripada peranan mereka dan kehilangan $2.7 juta setiap seorang.
Pihak berkuasa mendapati bahawa KuCoin telah mengendalikan transaksi yang mencurigakan yang dianggarkan berbilion dolar.
Terdapat juga transaksi yang dikatakan melibatkan aktiviti “dark web” dan skim penipuan, pada masa yang sama mereka gagal mematuhi peraturan pengubahan wang haram.
Mereka juga dituduh gagal mendaftar dengan pihak berkuasa kewangan AS.
Ketua Pegawai Eksekutif KuCoin yang baharu, BC Wong menegaskan mereka akan mematuhi undang-undang AS dan memperkukuhkan lagi keselamatan platform dan data pengguna mereka.
Wong juga menyatakan keinginannya untuk kembali beroperasi di AS.