Wall Street menunjukkan corak yang positif pada dagangan Rabu dipengaruhi oleh laporan pendapatan daripada Nvidia dengan pelabur menjangkakan laporan akan menunjukkan prestasi syarikat yang memberangsangkan.
Nvidia merupakan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI), dan keputusan laporan tersebut boleh mempengaruhi sentimen pasaran.
Sebelum ini, Nvidia dan saham berkaitan AI lain telah menghadapi tekanan jualan yang disebabkan oleh teknologi AI dari China iaitu DeepSeek, yang dijangkakan mampu mengambil alih penguasaan Nvidia dalam teknologi AI.
Pada Selasa, S&P 500 dan Nasdaq Composite melanjutkan penurunan dengan masing-masing turun 0.47% dan 1.35% manakala Dow berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak 0.37%.
Data ekonomi juga akan menjadi fokus pelabur pada minggu ini iaitu GDP AS dan PCE AS.