Dengan kos rawatan semakin menggila, insurans makin mahal, dan rakyat terus terbeban, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berjanji akan ‘menyerang’ inflasi perubatan dengan langkah agresif!
Langkah ini termasuklah menerapkan sistem Kumpulan Diagnosis Berkaitan (DRG) – mekanisme yang menyusun bayaran rawatan mengikut kategori penyakit bagi meningkatkan ketelusan kos.
Walau bagaimanapun, DRG bukan ‘senjata ajaib’ untuk menyelesaikan masalah ini sepenuhnya.
KKM turut merancang mewajibkan paparan harga ubat bagi memastikan syarikat insurans dapat menilai kos rawatan dengan lebih tepat.
Namun, langkah dengan tegas dibangkang oleh Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) kerana bimbang ia akan mengelirukan pesakit.
Selain itu, KKM turut menjelaskan bahawa mereka tidak mengawal caj fasiliti perubatan swasta, termasuk kos peralatan perubatan, perkhidmatan jururawat, dan ujian makmal.
Walaupun caj konsultasi ada had maksimum, caj lain bergantung kepada hospital masing-masing.
Adakah DRG benar-benar boleh menurunkan harga rawatan, atau rakyat hanya boleh ‘redha’ dengan kenaikan kos perubatan yang makin menggila?