Siapa yang mati, Kim Jong Un tak peduli. Yang penting, duit masyuk dalam akaun negara!
Buat pertama kali, pelancar roket berganda M1991 berkaliber 240mm yang merupakan sebuah Sistem Pelancar Roket Berganda (MRLS) buatan Korea Utara, dikesan dalam peperangan.
Tetapi bukan di Pyongyang sebaliknya di tangan tentera Rusia!
Rakaman menunjukkan anggota Rusia memasang perlindungan anti-dron ke atas sistem itu, membuktikan betapa eratnya kerjasama dua rejim paling disekat di dunia.
Ketua Perisikan Tentera Ukraine, Kyrylo Budanov, mendedahkan bahawa Rusia telah pun menerima 120 unit, dan bakal menerima 120 lagi dalam masa terdekat.
M1991, dengan kebolehannya melancarkan 22 roket dalam kurang seminit, direka untuk menghancurkan kawasan padat dan infrastruktur.
Asalnya dibina dengan satu tujuan jelas iaitu menggugat Seoul dengan serangan artileri tanpa ampun.
Kini, kemunculan sistem ini di Ukraine mengundang kebimbangan global.
Ramai melihatnya sebagai petanda, Ukraine mungkin menjadi ‘teaser’ sebelum digunakan kepada tujuan asalnya.
Di tengah kekacauan ini, Korea Utara masih lagi tenang dengan laporan Newsweek memberitahu bahawa Pyeongyang berjaya meraih lebih $20 bilion hasil kerjasama ketenteraan dengan Moscow.