Ada berita damai, tapi jangan gembira dulu! Putin setuju hentikan serangan, tapi syaratnya?
Ukraine kena ‘berpuasa’ dari senjata Barat!
Setelah melalui proses yang panjang dalam mencapai persetujuan damai, akhirnya Presiden Vladimir Putin membawa khabar baik bersama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi persetujuan untuk mencapai perdamaian bersama Ukraine.
Tapi bukan free dan bukan juga gencatan senjata sepenuhnya!
Dalam panggilan berprofil tinggi, Trump dan Putin bersetuju untuk ‘cool down’ perang tapi hanya untuk tenaga, bukan tentera.
Mesej Kremlin jelas!
Tiada gencatan sebenar selagi Ukraine masih terima senjata dan risikan dari Barat.
Sementara bom masih jatuh di Ukraine, Putin pula sibuk ‘secure deal’ hoki ais dengan Trump – seolah-olah rundingan damai ini satu perlawanan sukan.
Trump mungkin rasa diplomasi ini satu kemenangan, tapi Kyiv nampaknya hanya lihat satu perkara – Putin sedang bermain masa sambil meletakkan syarat yang mustahil.