Dewan Rakyat telah meluluskan tambahan RM20.19 bilion untuk perbelanjaan 2025, dengan sebahagian besar dana ini disalurkan kepada kementerian utama dan subsidi bahan api yang terus meningkat melebihi anggaran asal.
Antara penerima utama peruntukan ini ialah Perkhidmatan Am Perbendaharaan (RM12.62 bilion), diikuti oleh Kumpulan Wang Statutori (RM3.15 bilion), Kementerian Pendidikan (RM1.76 bilion), Jabatan Perkhidmatan Awam (RM1.14 bilion), serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (RM1.07 bilion).
Kementerian Pendidikan Tinggi turut menerima RM417.99 juta, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya diperuntukkan RM8.19 juta.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM70 bilion untuk subsidi dan bantuan sepanjang 2024, jauh melebihi bajet asal RM58 bilion.
Subsidi minyak sahaja ‘bocor’ sehingga tambahan RM12.1 bilion diperlukan akibat kelewatan pelaksanaan subsidi bersasar.
Dengan perbelanjaan yang semakin meningkat, persoalan besar kini timbul – adakah rakyat perlu bersedia untuk kenaikan harga minyak atau cukai baharu dalam masa terdekat?