Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu ini memberi isyarat untuk mencabar rekod ketinggian yang telah dicatatkan pada dagangan September 2024 yang lalu.
Pada akhir dagangan minggu lepas, harga perlahan menghampiri parsa rintangan pada 1.33000 ketika kekurangan pemangkin dalam pasaran untuk menggerakkan harga selain cuti sempena Good Friday.
Namun seperti yang dijangkakan, US dolar menyambung penyusutan pada pembukaan awal minggu ini dengan mudah melepasi rintangan 1.33000 dan mencatatkan paras ketinggian baharu 7 bulan.
Kenaikan harga berjaya mencapai zon 1.34000 di sesi Eropah semalam sebelum sedikit berundur dan mendatar sehingga penutup dagangan sesi New York.
Isyarat bullish harga yang mengekalkan pergerakan di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, pelabur menjangkakan corak kenaikan akan diteruskan lagi.
Di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga menunjukkan peningkatan semula dan perlahan menghampiri zon 1.34000.
Zon rintangan itu dijangka untuk ditembusi sebelum mencabar paras ketinggian 1.34300 yang telah dicatatkan pada September tahun lalu.
Jika berjaya mengatasinya, harga akan mencatatkan rekod tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 3 tahun. Sasaran adalah untuk menuju 1.35000.
Namun, jika situasi berubah dan harga menunjukkan penurunan dari zon 1.34000, berkemungkinan harga akan menuju ke sekitar 1.33000 dan reaksi akan diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Tembus lebih rendah akan mendorong harga menuju sehingga ke zon penting pada 1.32000 yang menjadi sokongan harga pada minggu lepas.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK