US dolar kekal bergerak dalam prestasi lemah untuk hari ketiga dengan isyarat kurang baik pada laporan pekerjaan ADP yang diterbitkan pada sesi New York semalam.
Pekerjaan swasta di Amerika Syarikat (AS) catatkan 77,000 pada Februari, pertambahan paling perlahan dalam tempoh 7 bulan.
Ini memberi isyarat kurang baik menjelang laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat.
Namun, sentimen pasaran yang berisiko dengan isu perang tarif yang semakin hangat boleh mencetuskan pengukuhan semula US dolar pada bila-bila masa.
Tumpuan pelabur hari ini (Khamis) terarah kepada keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) dengan jangkaan untuk pemotongan 25 mata asas pada kadar faedah terbaru.
Jika diperhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mengekalkan corak bullish selepas kenaikan semalam melepasi paras 1.07000.
Di penghujung sesi New York, harga menghampiri sasaran 1.08000 dan berlegar di sekitar tersebut pada dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga kekal di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu sejak awal minggu, mengekalkan isyarat untuk trend bullish.
Sekiranya harga berjaya melonjak lagi dari paras semasa 1.08000, kenaikan harga bakal catatkan ketinggian terbaru 4 bulan dengan sasaran beralih ke zon 1.09000.
Sebaliknya, jika kesan keputusan mesyuarat ECB menekan Euro untuk jatuh, harga berkemungkinan berundur turun semula dari zon 1.08000.
Beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti 1.07000 dan 1.06000 bakal menjadi sasaran terdekat untuk corak penurunan harga.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK