Bila spekulasi jadi kenyataan, dompet mula menangis!
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah mengesahkan kenaikan tarif yang telah diusulkan tahun lalu.
Walaupun menegaskan kenaikan ini perlu, beliau memberi jaminan ia tidak akan membebankan pengguna dan komuniti perniagaan.
Dalam kenyataan beliau ketika berucap di Majlis Tahun Baru Cina anjuran ACCCIM, Anwar menegaskan bahawa kadar kenaikan tidak akan setinggi 14.2% seperti dicadangkan sebelum ini.
Namun, realitinya, tarif asas elektrik di Semenanjung akan tetap meningkat kepada 45.62 sen/kWh.
Bagi 85% pengguna domestik, kerajaan berjanji tiada kenaikan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun ini.
Namun, bagaimana dengan sektor perniagaan?
Dengan tindakan ini, kenaikan kos operasi boleh mencetuskan kesan domino dengan harga barang boleh meningkat dan inflasi mungkin melonjak.
Adakah jaminan kerajaan cukup untuk menenangkan kebimbangan? Atau ini sekadar permulaan sebelum kenaikan lebih besar?