Dulu nak terbang, rasa macam kena bayar tol udara. Sekarang, RM1.50 je dah boleh bagi dron ‘angkat sayap’ tanpa poket rasa rabak!
Malaysia bakal menggoncang industri dron dengan menurunkan yuran penerbangan daripada RM250 kepada hanya RM1.50 setiap 30 minit.
Jarang-jarang pengumuman harga turun, tapi kali ni memang betul-betul terjadi!
Bermula 2025, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melancarkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TMS), mempercepatkan kelulusan daripada berminggu-minggu kepada kurang sejam – jadi tak perlu lagi pening kepala tunggu kelulusan berzaman.
Bagi jurugambar perkahwinan, ejen hartanah, dan syarikat industri yang selama ini terbeban dengan kos tinggi, ini adalah game-changer sebenar.
Akhirnya, mereka boleh menerbangkan dron secara sah tanpa mengosongkan poket!
Pakar menjangkakan dengan model yuran baharu ini, penggunaan dron komersial boleh melonjak sepuluh kali ganda.
Dengan Malaysia mengintai gelaran hab dron utama Asia Tenggara, 2025 mungkin menjadi tahun revolusi sebenar industri dron di negara ini!