Adakah ini satu salah faham atau percubaan mencetuskan ketegangan?
Susulan pengumuman pada 20 Mac 2025 mengenai pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan pampasan RM2 juta untuk pemindahan tersebut.
Beliau menyangkal tuduhan yang tular di media sosial, menyifatkannya sebagai tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Dr Zaliha, pemindahan kuil ini adalah hasil perbincangan bersama yang mencapai ‘win-win situation’, dengan jaminan tapak baharu setara dengan lokasi asal,
Sebagai konteks, menurut Malaysiakini, kuil ini dibina di atas tanah milik syarikat Jakel sebelum syarikat itu memutuskan untuk mendirikan masjid di tapak berkenaan.
Hasil rundingan, pihak berkaitan bersetuju untuk menyediakan tapak baharu bagi membolehkan penganut Hindu terus menjalankan aktiviti keagamaan mereka.
Sementara itu, projek pembinaan masjid di tanah persendirian akan diteruskan selepas tertangguh sejak 2020.
Beliau juga memberi amaran keras agar pihak tertentu tidak bermain api dengan menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum.