Dana atau dihentikan – Felda hanya ada sebulan untuk buktikan kelayakan!
Dalam satu majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa tertinggi Felda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan terus menyuntik hampir RM1 bilion setahun jika agensi tersebut gagal memberikan rancangan yang dapat menyelamatkan Felda dan peneroka.
Lebih keras lagi, dana tersebut bukanlah satu ugutan sementara tetapi bergantung pada prestasi Felda.
Beliau menegaskan bahawa institusi itu tidak boleh lagi berada dalam ‘zon selesa’ dan perlu segera melakukan perubahan drastik bagi memastikan kelangsungan masa depan peneroka.
Anwar memberi jaminan bahawa jika pelan baharu ini memenuhi syarat, seluruh jentera kerajaan, termasuk Kementerian Kewangan dan pakar industri, akan dikerah bagi memastikan perubahan yang benar-benar membawa impak – bukan sekadar janji di atas kertas.
Selain itu, Anwar juga menggariskan keperluan hala tuju yang selari antara Felda, koperasi, dan FGV bagi memastikan pertumbuhan lebih mampan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada suntikan kerajaan.
Di tengah ketidaktentuan global, kebergantungan berterusan kepada dana kerajaan bukan lagi pilihan.
Tanpa pelan kukuh, Felda bakal kehilangan segala-galanya. RM1 bilion tidak akan lagi tersedia untuk ditagih!