Presiden Donald Trump telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan tarif baharu ke atas China serta-merta.
Sebaliknya, beliau meminta pentadbirannya untuk mengkaji semula isu perdagangan global dan melihat perjanjian perdagangan dengan China sebelum ini.
Langkah ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan industri Amerika dan mengurangkan pergantungan kepada negara asing.
Trump mahu agensi kerajaan menangani amalan mata wang yang tidak adil oleh negara lain.
Sesetengah negara seperti China merendahkan nilai matawang mereka untuk menarik minat lebih ramai negara lain untuk menjalankan urusan jual beli dengan mereka, menjadikan barangan AS mahal dan negara lain harus membayar lebih untuk suatu barangan.
Beliau berhasrat untuk meletakkan Amerika di hadapan dalam dasar perdagangan dan memastikan persaingan yang adil.
Walaupun Trump lantang bersuara mengenai tarif semasa kempennya, keputusannya untuk menangguhkan tindakan segera menunjukkan beliau mungkin terbuka untuk berunding dengan China.
Penganalisis berpendapat bahawa Trump boleh mengubah fikirannya dan membawa tarif kembali pada bila-bila masa.
Trump juga mahu menyemak Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) untuk melihat sama ada ia memberi manfaat kepada pekerja Amerika.
Dolar AS dilihat jatuh selepas Trump mengumumkan penangguhan pelaksanaan tarif, berbeza dengan pasaran saham yang dilihat mendaki.