Ramai yang merasakan Trump terlalu melampau dalam setiap tindak-tanduknya apabila berdepan dengan negara bukan Amerika.
Tett! Salah jawapannya!
Trump dan politiknya tidak akan pernah berlembut walaupun mangsanya adalah universiti di Amerika sendiri.
Hari ini Amerika menyaksikan pembekuan dana lebih $2.2 bilion oleh pentadbiran Trump kepada universiti elit seperti Harvard, Columbia, Princeton, Stanford dan Northwestern.
Sebab utama?
Universiti-universiti ini enggan tunduk pada syarat kontroversi termasuk menghapuskan program DEI (diversiti, ekuiti & inklusiviti), larangan topeng semasa protes dan perubahan dasar pengambilan pelajar.
Harvard menjadi universiti pertama yang melawan dengan tegas, menyatakan bahawa mereka tidak akan menyerahkan kebebasan akademik mereka.
Columbia pula menegaskan ia takkan jadi alat politik sesiapa manakala Stanford, Princeton dan universiti lain turut menyokong pendirian ini, sambil mempertahankan hak untuk bebas menentukan apa yang diajar, siapa yang diajar dan siapa yang mengajar.
Trump memberikan amaran untuk sesiapa yang langgar Title VI tidak akan layak mendapat dana awam namun dibangkang oleh universiti dengan alasan pencabulan perlembagaan dan akademik bebas.
Ironinya?
Slogan “America First” kini kedengaran lucu, apabila rakyat Amerika sendiri mula merasakan kesakitan dalam pelbagai sektor — termasuklah pendidikan.