Dagangan US dolar kembali memulih pada sesi New York semalam selepas bergerak lemah pada beberapa sesi dengan reaksi pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Tumpuan kembali terarah kepada perkembangan tarif global yang positif susulan persetujuan antara AS dan China untuk menangguhkan tempoh tarif selama 90 hari.
AS bersetuju untuk mengurangkan tarif 145% kepada 30%, manakala China pula menurunkan tarif dari 125% kepada 10%.
Turut dilaporkan dalam perbincangan pada hujung minggu itu, China bersetuju untuk mengangkat semula sekatan eksport untuk nadir bumi dan magnet.
Selain itu, China juga turut membatalkan sebahagian syarikat Amerika dari senarai yang diragui untuk membolehkan mereka meneruskan perniagaan di China.
Sekatan pembelian Boeing sebelum ini juga telah dibatalkan oleh China sekaligus meleraikan kembali kebuntuan syarikat penerbangan gergasi Amerika itu yang sedang dalam perancangan menghantar 50 jet ke China pada tahun ini.
Walaupun US dolar tampak pulih pada dagangan semalam, pelabur berhati-hati menjangkakan risiko perubahan arah untuk mata wang tersebut seperti yang berlaku pada Selasa ketika reaksi data inflasi AS diterbitkan.
Ini berikutan tumpuan pada sesi New York malam ini (Khamis) akan terarah pula kepada data indeks harga pengeluar (PPI) yang mengukur inflasi di peringkat pengeluar.
Turut akan diterbitkan bersama adalah data jualan runcit dan tuntutan faedah pengangguran AS sebelum tumpuan akan beralih kepada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di satu acara persidangan di Washington.
Susulan pengukuhan yang dipaparkan US dolar semalam, mata wang utama lain kembali menerima tekanan dengan pemulihan untuk beberapa sesi sebelum ini mula terbantut.
Mata wang Eropah kembali tersungkur jatuh, begitu juga mata wang Asia yang mengurangkan semula keuntungan yang diraih sebelum ini.
Pemulihan pada sentimen pasaran semasa turut menekan harga emas terperosok hingga ke bawah paras $3,200 per auns.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.