Emas mencatatkan kenaikan positif sejak Isnin disebabkan oleh penghindaran risiko di tengah-tengah ketegangan yang meningkat dalam perang Rusia-Ukraine.
Berikutan sentimen risk-off, peserta pasaran kini beralih semula ke aset selamat emas dengan mengheretnya kembali ke atas $2,600 selepas tewas berpanjangan.
Pada jam 9.25 pagi, harga emas berada pada paras $2,637.37 iaitu naik 0.20% sejak ia dibuka pada awal dagangan hari Rabu di sesi Asia.
Sementara itu, konflik di hangatkan lagi apabila Presiden Joe Biden membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu AS untuk serangan ke atas Rusia.
Menurut TASS, Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan doktrin nuklear sebagai tindakan balas.
Ini mencetuskan sentimen penghindaran risiko dengan ekuiti global jatuh manakala aset selamat seperti emas dan mata wang USD dijangka akan terus maju.
Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov menyatakan bahawa negaranya percaya perang nuklear tidak akan berlaku.
Menjelang minggu ini, jadual ekonomi AS akan menampilkan Tuntutan Pengangguran Permulaan, S&P Global Flash PMI dan bacaan akhir Sentimen Pengguna Universiti Michigan (UoM) untuk November.