Harga minyak mentah bergerak stabil sejak dagangan Selasa kerana tanda-tanda peningkatan perang Rusia-Ukraine mencetuskan langkah berhati-hati pelabur terhadap gangguan bekalan.
Walau bagaimanapun, pasaran sedikit memulih hasil dorongan pembukaan semula pengeluaran minyak di Johan Sverdrup, Norway yang mengehadkan kenaikan yang tinggi.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik satu sen untuk ditutup pada $73.31 per tong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS naik 0.3% atau 23 sen dengan ditutup pada $69.39 per tong.
Buat pertama kalinya, Ukraine menggunakan peluru berpandu ATACMS milik AS untuk menyerang wilayah Rusia pada hari Selasa.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyifatkan serangan itu sebagai peningkatan Barat. Presiden Rusia, Vladimir Putin menurunkan ambang untuk kemungkinan serangan nuklear selanjutnya.
Buat masa ini, pasaran juga menunjukkan tanda-tanda pembelian minyak mentah yang lebih tinggi oleh pengimport utama China.
Menurut penganalisis tenaga StoneX, Alex Hodes melihat aktiviti import minyak mentah China berada di landasan untuk mengakhiri November atau hampir kepada paras tertinggi sepanjang masa.
Import lemah oleh China setakat tahun ini telah membebankan harga minyak dan menarik niaga hadapan Brent turun 20% daripada kemuncak April setelah melebihi $92 per tong.
Ia susut pada Oktober daripada tahun sebelumnya untuk bulan keenam berturut-turut.
Katanya lagi, China berkemungkinan meningkatkan pembelian minyak bulan ini kerana harga semasa menawarkan nilai yang agak baik.