Enggan Patuh Arahan Trump, PM Johnson Terima Huawei Dalam Rangkaian 5G UK

917

Setelah menghadapi pelbagai tekanan daripada Amerika Syarikat, Britain akhirnya memutuskan untuk tetap menggunakan peralatan teknologi telekomunikasi terbesar China iaitu Huawei dalam rangkaian 5G di negara itu.

Bagaimanapun, UK tidak memberikan akses sepenuhnya kepada Huawei dalam rangkaian 5G tersebut, sebaliknya ia memainkan peranan yang agak terhad.

Perdana Menteri UK Boris Johnson memutuskan teknologi China itu dikecualikan daripada kelengkapan teras untuk rangkaian 5G dengan kelengkapan telekomunikasi Huawei tidak boleh digunakan di bahagian yang dikategorikan sebagai sensitif misalnya seperti pangkalan tentera dan stesen janakuasa elektrik.

Selain itu, penggunaan rangkaian peralatan pula dihadkan kepada 35% sahaja dalam bahagian yang tidak dikategorikan sebagai sensitif iaitu untuk bahagian infrastruktur yang dikenali sebagai Rangkaian Akses Radio (RAN).

Pentadbiran Trump ternyata kesal dengan keputusan PM Johnson untuk membenarkan akses vendor yang tidak boleh dipercayai ke pasaran UK.

Tindakan PM Johnson ini dilihat boleh menjejaskan hubungannya dengan Presiden A.S Donald Trump yang sebelum ini berulang kali melarang UK dan beberapa negara utama lain daripada melibatkan teknologi Huawei dalam rangkaian 5G.

A.S telah mendakwa Huawei akan menimbulkan risiko kepada keselamatan negara kerana peralatan teknologi tersebut boleh digunakan oleh China untuk tujuan pengintipan.

Bagaimanapun, selepas berhubung melalui panggilan telefon pada Selasa, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bekerjasama bagi mengurangkan lagi penggunaan Huawei oleh syarikat-syarikat milik Britain, menurut sumber daripada UK dan A.S.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat