Enggan Sekat Minyak Rusia, Jerman Dikecam Presiden Ukraine

2,268

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh negara-negara di Eropah mendapat wang mereka di atas penderitaan orang lain kerana keengganan untuk berhenti membeli minyak Rusia.

“Kami tidak faham bagaimana mereka boleh membuat wang daripada darah. Malangnya, inilah yang dilakukan oleh sesetengah negara-negara Eropah”, kata Zelensky.

Memetik kepada temubualnya bersama BBC, Zelensky mengecam Jerman dan Hungary kerana tidak memberi persetujuan mereka untuk menyekat import tenaga Rusia, yang dijangka akan memberi keuntungan kepada Moscow sehingga $326 bilion tahun ini.

Walaupun Jerman telah menyokong beberapa sekatan ke atas Rusia, tetapi Ukraine tetap kecewa kerana mereka enggan bersetuju dengan tindakan lebih keras terhadap import tenaga.

Zelensky juga mengatakan bahawa sesetengah negara lain yang menyokongnya, memahami bahawa situasi sekarang bukan lagi mengenai isu perniagaan dan wang, tetapi kelangsungan hidup.

Dalam pada itu, beliau juga terus menggesa supaya lebih banyak senjata dibekalkan kepada Ukraine, dengan mengatakan mereka tidak dapat menangkis serangan Rusia kerana lambat mendapat bekalan.

Ujar beliau, Amerika Syarikat, UK dan beberapa negara Eropah ada menghulurkan bantuan, tetapi mereka masih memerlukannya lebih cepat atau dalam kata lain ialah ‘sekarang’.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Presiden AS Joe Biden telah mengumumkan bahawa bahawa ia akan menghantar peralatan ketenteraan tambahan bernilai $800 juta ke Ukraine, termasuk meriam dan helikopter.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat