Enjin Bakal Lancarkan Solusi Kepada Gas & Sokongan Kepada NFT

433

Enjin mengumumkan penambahbaikan terbaru dengan memperkenalkan dua penyelesaian berskala yang berupaya mengeluarkan gas dan sokongan terhadap token fungible dan non-fungible (NFT) dari mana-mana blockchain.

Penyelesaian pertama, JumpNet yang dijangka akan dilancarkan pada 6 April. Manakala Efinity akan berlangsung pada 2021.

Memahami apa itu JumpNet, ia menggunakan logik konsensus Proof of Authority (PoA) pada blockchain Ethereum untuk memperkenalkan penskalaan percuma di rangkaian itu.

Penambahbaikan itu hadir pada masa yang tepat ketika kos gas yang meningkat di rangkaian, menyebabkan perlombongan, perdagangan dan pengedaran kebanyakan NFT tidak terkawal.

Manakala, Efinity Network merupakan penambahbaikan seterusnya yang akan menyokong token fungible dan non-fungible dari chain lain. Ia akan dilancarkan sebagai platform terbuka yang membolehkan mana-mana wallet, pasaran atau pertukaran menerap kesemua blockchain dan mengurus transaksi secara berskala.

Ramai yang tidak maklum dengan Enjin Network yang bermula sebagai platform komuniti gaming, sebelum menceburi dalam industri blockchain pada 2017. Pada 2020, token ENJ menjadi token pertama gaming yang diluluskan oleh Japan Virtual Currency Exchange Association (JVCEA).

Bermula 6 April, firma yang terlibat dengan platform Enjin seperti Microsoft dan Atari dapat mengakses pelbagai tawaran dengan sifar kos transaksi:

  • Menghantar atau menerima Enjin Coin (ENJ) dan token ERC-1155 menerusi Enjin Wallet
  • Melombong token ERC-1155 pada Enjin Platform
  • Berdagang token ERC-1155 di Enjin Marketplace
  • Mengedarkan ENJ dan token ERC-1155 menggunakan kod QR
  • Mengedarkan token ERC-1155 secara automatik dari aplikasi dan permainan berintegrasi dengan Enjin
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat