Ethereum Menjadi Tumpuan, Harga Ethereum Dijangka Naik 3x Ganda Pada Tahun 2018 – Penganalisis

189

Harga bitcoin belum terkendali lagi. Sebelum dan semasa cuti Krismas harga bitcoin jatuh dariapda $20,000 kepada paras $12,000. Pada 27/12, hari Rabu harga bitcoin mencapai melebihi paras $16,000 dan terkini harga bitcoin berada pada $14,680.90 setakat jam 12.15 p.m.

Hal ini mendorong pelabur baru mula memberi perhatian kepada matawang kripto Ethereum. Pada bulan November, Ethereum didagangkan pada sekitar $400 per unit. Namun pemintaan Ethereum semakin tinggi, penganalisis menjangkakan harganya akan naik 3x ganda pada tahun 2018.

Pada pertengahan tahun 2017, harga Ethereum telah naik hampir 3000% jika dibandingkan harga pada awal tahun 2017. Pada awal tahun 2017, harga Ethereum hanya berada pada sekitar $8, kemudian pada pertengahan tahun 2017, harga Ethereum berada pada sekitar $250 per unit.

Market cap Ethereum kini berjumlah $69,356,818,177, berada di belakang Bitcoin dan diikuti oleh matawang kripto Ripple.

Menurut penganalisis Bloomberg, matawang kripto generasi kedua seperti Ethereum memliki potensi dan masa depan lebih baik dibandingkan Bitcoin. Bagi beliau bitcoin adalah tanda ukur bagi mata wang digital atau kripto, tetapi tidak dapat dikatakan sebagai wakil terbaik dari teknologi masa kini.

Penganalisis lain seperti Michael Novogratz, yang merupakan bekas pengurus dana, menjangkakan harga bitcoin pada akhir 2018 akan mencapai $40,000. Beliau juga berpendapat harga Ethereum akan naik 3x lipat pada tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat