Ethereum Selangkah Lebih Dekat Untuk ‘The Merge’

443

Ethereum (ETH) selangkah lebih dekat dengan ‘The Merge’, peralihan yang telah lama dinanti-nantikan ke rantaian Proof of Stake (PoS) atau dipanggil Ethereum 2.0.

Hari ini, satu lagi testnetnya, Sepolia, telah berhasil melaksanakan gabungannya sendiri dan beralih kepada PoS.

Testnet, singkatan untuk ‘Test Network’, membenarkan mereka yang menggunakan blockchain untuk mencuba teknologi baharu sebelum ia dilancarkan pada rangkaian utama (mainnet) atau penaiktarafan.

Percubaan terakhir The Merge dijangka akan dilakukan pada rangkaian Goerli dalam beberapa minggu akan datang sebelum gabungan rasmi pada mainnet Ethereum dilancarkan.

Gabungan pada mainnet akan mengalihkan mekanisme Proof of Work (PoW) yang digunakan pada awalnya oleh Ethereum kepada PoS.

Dengan peralihan ini, ia tidak lagi akan melibatkan pelombong (miner) yang menggunakan tenaga elektrik, sebaliknya lebih tertumpu kepada staking yang hanya memerlukan pelabur mendepositkan wang dalam platform untuk mendapatkan ganjaran.

Peralihan yang berjaya kepada PoS akan membuatkan transaksi Ethereum lebih cepat dan murah kerana mengurangkan jumlah gas fee secara mendadak.

Walaupun tiada garis masa yang pasti, pengasas bersama Ethereum Vitalik Buterin dan pembangun lain sebelum ini meramalkan bahawa penggabungan sebenar akan berlaku pada bulan Ogos, atau selewat-lewatnya September atau Oktober.

Pada waktu penulisan, Ethereum didagangkan pada $1,176, stabil daripada kejatuhan parah yang dicatatkan bulan lalu di mana ia telah jatuh ke paras terendah sejak Januari 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat