Ethereum Tetap Komoditi Walaupun Dah Jadi Proof-Of-Stake – Pesuruhjaya CFTC

226

Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) tetap menyatakan bahawa Ethereum (ETH) adalah sebagai komoditi walaupun selepas peralihan proof-of-stake (PoS).

Menurut pesuruhjaya CFTC Christy Romero, CFTC telah mengarahkan Kongres A.S untuk mendapatkan kuasa tunai ke atas Bitcoin (BTC) dan ETH.

Kenyataan itu telah diulangi oleh Christy Romero kepada Perianne Boring, pengasas Dewan Perniagaan Digital yang bertanya sama ada peralihan proof-of-stake selepas Merge mempunyai sebarang implikasi dasar.

Sementara itu, Pengerusi CFTC Rostin Behnam menyatakan bahawa pengawal selia turut meminta Kongres A.S kebenaran untuk menyelia pasaran tunai agar CFTC dapat mengawal selia BTC, ETH dan mata wang digital lain sebagai komoditi.

Walaupun dahulu pengerusi SEC Gary Gensler menganggap BTC dan ETH sebagai komoditi dan peraturannya di bawah CFTC, beliau kini mengubah persepsinya dengan menegaskan bahawa ETH merupakan aset digital yang selamat.

Malah Gensler yakin semua mata wang kripto berasakan PoS adalah selamat di bawah Ujian Howey*.

*Kes Mahkhamah Agung A.S dalam menentukan sama ada transaksi layak sebagai kontrak pelaburan

Dalam pada itu Behnam percaya mata wang digital merupakan kelas aset baharu dan keputusannya harus diambil secara perundangan.

Manakala CFTC dan SEC berusaha untuk mewujudkan kepastian dalam pasaran serta perlindungan pengguna bagi pelabur runcit.

Sebagai rekod, harga ETH terus didagangkan dalam julat selepas The Merge dan harganya didagangkan pada $1,333 iaitu naik 1% dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat