EU Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap AstraZeneca! Apa Kes?

362

Kesatuan Eropah mengesahkan pada hari Isnin bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca atas kekurangan dalam pengedaran vaksin Covid-19.

Menurut pesuruhjaya kesihatan EU, Stella Kyriakides, melalui Twitter pada hari Isnin bahawa ‘keutamaan EU adalah bagi memastikan pengedaran vaksin Covid-19 berjalan dengan lancar agar kesihatan rakyat EU dapat dilindungi.

Namun disebabkan tindakan pengeluar vaksin AstraZeneca yang tidak memenuhi piawaian menyebabkan pengedaran vaksin terbantut. Lanjut Kyriakides, ini adalah sebab mengapa Suruhanjaya Eropah memutuskan bersama-sama dengan semua Negara Anggota untuk meneruskan pengambilan tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca.

“Setiap dos vaksin adalah penting. Setiap dos vaksin dapat menyelamatkan nyawa”, tambahnya.

EU dan pengeluar vaksin ini telah berselisih faham. Syarikat Anglo-Sweden AstraZeneca mengatakan ia tidak dapat memberikan jumlah vaksin seperti yang dipinta oleh EU baik pada suku pertama mahupun suku kedua. Rentetan daripada perkara ini, ia telah melambatkan penggunaan vaksin Covid-19 di 27 negara EU.

Pada bulan Mac, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen telah menyatakan kekecewaannya dengan AstraZeneca dalam sidang media. Beliau menjangkakan bahawa akan menerima 70 juta dos dari syarikat tersebut pada suku kedua, turun daripada 180 juta yang dijangkakan pada asalnya. EU juga mengharapkan 120 juta dos dalam tiga bulan pertama tahun ini, tetapi hanya menerima sekitar 30 juta dos.

Ketua Pegawai Eksekutif AstraZeneca Pascal Soriot telah memberitahu penggubal undang-undang EU pada bulan Februari bahawa hasil pengeluaran yang rendah di kilang EU telah menyebabkan kelewatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat