EU Bengang Dengan AstraZeneca!

1,465

Kesatuan Eropah (EU) mengkritik syarikat farmaseutikal AstraZeneca berikutan kelewatan penghantaran vaksin coronavirus yang telah dipersetujui dan mengancam akan mengenakan kawalan eksport yang ketat ke atas vaksin yang dibuat di blok itu.

EU menuduh AstraZeneca gagal memberikan penjelasan yang memuaskan atas kekurangan dos yang dijanjikan kepada negara-negara anggota.

Blok itu sepatutnya menerima 100 juta dos pada suku pertama tahun ini. Namun, kini ia dikhuatiri hanya akan menerima separuh daripadanya walaupun telah melakukan pembelian terlebih dulu sebelum diluluskan oleh agensi perubatan Eropah.

Kelewatan penghantaran vaksin AstraZeneca, yang dijangka menerima keluluskan perubatan oleh blok itu Jumaat ini, digabungkan dengan penangguhan dalam pengagihan dos Pfizer-BioNTech kini meletakkan EU di bawah tekanan.

Pesuruhjaya Kesihatan, Stella Kyriakides mengatakan bahawa EU, sudah menghadapi kritikan berat disebabkan pengagihan vaksin yang perlahan di 27 negara anggota. Oleh itu, EU akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi warganya.

Kyriakides juga memberitahu bahawa beliau tidak berpuas hati dengan perbincangan dengan syarikat itu yang berakhir semalam dengan kurangnya kejelasan mengenai kelewatan tersebut.

EU telah komited untuk membeli 300 juta dos AstraZeneca dengan tambahan sebanyak 100 juta dos. Bagaimanapun, akhir minggu lalu, syarikat itu mengatakan ia merancang untuk mengurangkan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 80 juta kepada 31 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat